Salam Ramadhan al mubarak

Hari nie merupakan hari ke lapan umat Isalm berpuasa! Dari awal mula berpuasa memang dinantikan oleh semua umat Islam..sememang kita terasa seronok beribadat disamping berjimat cermat lebih-lebih lagi yang ingin berdiet - konon-kononnya lah!!
Yang aku tau selepas bulan puasa ramai pulak yang mengajak makan ..mana dietnya yer!!

Kami anak beranak bersahur dan berpuasa seadanya saja. Yang lebih penting melayan kerenah kakak dan adik semasa berbuka . Bukan apa aku ingin mengajar mereka merasa seronok ketika dapat berniat berbuka puasa bersama disamping mengingati mereka yang kurang bernasib baik.. Selesai berbuka aku telah membahagikan tugas untuk mengemas meja makan. Inilah masanya aku nampak mereka bekerjasama menyelesaikan tugasan yang diberi.
Ketika ini aku akan bergegas untuk menunaikan solat maghrib sebelum mereka berebut untuk masuk ke bilik air mengambik wuduk,walaupun bilik air lebih dari satu!

Sesudah solat maghrib bersedia pulak untuk ke masjid solat tarawih. Mujurlah masjid dan surau tidak jauh dari rumah kami.
'Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana bagi orang-orang yang terdahulu sebelum kamu agar kamu bertakwa" Surah Al Baqarah Ayat 183

Ramadan bulan yang mulia dari seribu bulan, malam Lailatul Qadar, Zakat fitrah, bertadarus ,bersedekah dan banyak lagi. Untuk mendapatkan lebih jelas bolehlah rujuk Al Quran dan Hadis serta alim ulamak yang bertauliah dan arif dalam bab-bab ini.
Kejarlah semasa umur masih ada!!!

Insyaalah...




.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment