CERITA PAK KALA BANJAR KELUAK



Al kisahnya bermula:

Pada akhir kurun ke 18 British telah masuk (ketika itu Malaya) dan membuka lombong bijeh timah di Perak. Salah seorang yang bernama Haji TAMIN (monyang suami saya) telah dibawa masuk oleh British dari BANJARMASIN (Borneo) daerah Keluak. Rata-rata yang dibawa masuk pada waktu itu adalah dari daerah Keluak, Alai dan Kandangan. Kumpulan Haji Tamin diarah meneroka tanah di daerah Kerian untuk dijadikan sawah padi. Walaupun orang putih tak makan nasi tetapi mereka telah membawa masuk kaum Cina untuk membuka lombung bijih timah dan India berkerja di ladang-ladang. Kedua-dua kaum ini makan nasi sebagai makanan ruji.
Anak haji Tamin ialah Haji Samsuri. Haji Samsuri mempunyai anak yang bernama Haji Zakaria dan dia adalah bapak mertua saya. Dia cukup sayang dengan sawah-sawah peninggalan datuknya .Cita-citanya hendak mengerjakan sawah-sawah dengan cara moden. Dia pun membeli mesin membajak (orang kampong panggil mesin tenggala) dengan pinjaman dari Bank Rakyat (dulu Bank KERJASAMA). Kerja membaja padi dan meracun ulat dibuatnya sendiri .Di sawah yang lapang angin akan bertiup tidak menentu arahnya . Semburan racun itu melayang ke udara dan masuk ke dalam matanya. Lama kelamaan matanya menjadi kabur disebabkan bahan kimia dalam racun serangga terkena selaput matanya. Walaupun matanya kabur beliau masih cekal membajak sawah dengan tenggalanya.


Satu hari orang kampung nampak dia memandu tenggalanya dari pangkal hingga ke hujung bendang dengan tidak membeluk ke kiri atau ke kanan. Orang kampung tidak tahu penglihatannya kabur lalu mereka menjerit "Oi...Pak Tenggala awat hang bajak satu hala saja". Bapak mertuaku senyum sahaja. Mulai hari itu orang kampong memanggilnya PAK TENGGALA, tetapi dalam loghat banjar yang suka memendikkan perkataan yang panjang lalu di panggilnya ' PAK KALA'. Anak-anak Pak Kala iaitu adik beradik suami saya cuba mengubati matanya dengan beberapa pembedahan tetapi tidak berjaya . Satu hari pakar mata Hospital Besar Kuala Lumpur memberitahu ada penderma mata tiba dari Sri Langka .Pak Kala terus dimasukkan ke hospital .Setelah seminggu berada di hospital dia diberitahu selaput mata yang dibawa rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Pak Kala dengan penuh kekecewaan terus balik kampong . Matanya tidak dapat dipulihkan sehingga akhir hayat. Selepas kejadian itu beliau tidak dapat membajak sawahnya seperti biasa. Dan Kini beliau telah pulang ke Rahmahtullah. Semoga Rohnya di cucuri Rahmat! Amin!

Tiada seorang pun anak Pak Kala yang mewarisi bakat dan minat dari bapanya. Maka disewanya peninggalan sawah kepada orang kampung yang berminat untuk mengerjakan sawah tersebut.

Dan kini tiada lagi nama Pak Kala pada sawah-sawah tersebut kerana telah dibahagikan kepada anak-anaknya. Ada diantaranya tanah sawah tersebut tiada lagi ber 'bin' kan Haji Zakaria kerana dijual. Mereka tidak langsung menghargai penggorban ayahnya. Ya masing-masing yang empunya harta kan?

Moral of the story .. tengoklah betapa susahnya datuk nenek dahulu untuk mendapatkan harta.
tengoklah betapa mudahnya orang sekarang menghabiskan harta.
mampukah anak-anak kita nanti mengekalkan harta peninggalan orangtuanya?
Hmmm.. tepuk dada tanya iman!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Anonymous said...

Orang sekarang hendak kaya cepat. Jadi hamba duit tapi tak kaya kaya.

mamaleez said...

Habis tu camno!! harta sendiri tiada harta bapa yang tinggal lagi kan??

Syarikat Fahmi said...

Tumpulnya Idealisme di kalangan anak muda sekarang adalah disebabkan kurangnya pendidikan dari segi akademik dan juga kerohanian dan akan menyebabkan segala tindakannya adalah besar kemungkinan dipengaruhi sikap membazir dan menunjuk2, ataupun dipengaruhi rakan sebaya. Bersamalah kita membantu melahirkan generasi yang berintelektual di masa akan datang. Terima Kasih!

mamaleez said...

Syarikat Fahmi! Setuju dengan pendapat anda..Kalau semua anak2 sekarang berpelajaran dan mempunyai integriti dan jati diri yg tinggi pastinya mengetahui akan impak yang mendatang mentelahan lagi didikan ugama yang menncukupi.

Post a Comment