RSS

Lady of the Night..

Rasanya ini Catteleya kuning ..baru dalam koleksi
Sebanarnya Orkid ni baru saja saya beli dengan harga murah jer..tapi hasrat nak membuktikan tangan saya sejuk juga maka saya jaganya dengan penuh minat.

Lady of the Night..sangat harum diwaktu malam! patutlah ianya dinamakan sebegini..Di waktu malam sya sering keluar dan duduk di bawah pargola untuk menikmati keharuamannya!
Rasa satu kepuasan pabila ditiup angin malam sambil menghidu keharuman..Selalunya saya akan bersendirian..menikmati keindahan diwaktu malam dengan tenang 'Ya Allah! Engkaulah Maha Pencipta.




Gemuknya daun tapi bunganya ada 1 spike jer!

Another pot with 2 spikes!


Yang di pasu ini seronok sangat berbunga..Meriahkan?

Cayalah! terasa puas memandangnya..putih dan wangi lagi
Itulah rahsianya 'Lady of the night'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (0)

Springtime!

Huh!..seronoknya bila melihat bunga-bunga di taman telah berbunga!! Sesekali datang pula sang rama-rama mendekatinya.. Samada diusik dan dirobeknya..sama saja pastinya dah terusik!! maka katanya" memang makanan aku!!"kesian si bunga akhirnya akan layu dan jatuh berguguran..Sekarang ni bukan saja rama-rama,semut pun dah berani mendekati.. apa maknanya tu.. Paling ditakuti bunganya dihisap dek kumbang durjana!! eheh..


Campuran boginvilla merah dan putih berbunga dimusim panas..
a very natural colors



Yang ni pulak boginvilla unggu

Seronok dan puas hati saya melihat bunga-bunga yang saya sendiri tanam dah pun berbunga.
Cantik pulak tu. sapa lagi nak pujikan? lagi pun jenuh menyiram dan membajanya..
Sebenarnya inilah terapi saya di rumah setelah bersara di usia sebelum terlewat!!
Terasa sangat kepuasannya.


Combination of pink and lavender colors! just lovely..























l

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (0)

Dexter ,,new member


Ni dia..rabbit yang menjadi hiburan anak-anak saya ..nama nya Dexter. Saya beli ketika mencari sayur-sayuran di pasar Tani di sini. Cute sangat kata kakak!
Oleh sebab tiada lagi tempat yang sesuai ..maka dimasukan kedalam cage nie..
Omelnya kan? duduk sorang-sorang . termenung pulak nak makan ketidak nie..Kalau kita pun macam nie gak kot?
Tengoklah dia tengah explore seolah berkat..kat mana aku nie ye? Seklai sekali dilepaskan juga bila anak-saya ada masa untuk melayannya.


Nah siap dengan permainan nya..paling suka.. dia dapat carrot makanan kegemaran!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (0)

Menang Lawak

Jumaat lalu aku menonton pertandingan akhir Raja Lawak.. sebenarnya tak pernah mengikuti pun peringkat awal dan tak tau siapa pun yang akan pergi ke peringkat akhir
tapi aku seronok melihat peserta bernama Man nih.. walaupun rupanya tiada seperti aktor drama dan filem. Mana ada pelawak yang encem..nama pun pelawak..muka mesti ada aura pelawak jadi baru boleh melawak kan?


Sebenarnya bukan nak komen pasal ;e raja lawak tu.. tapi aku ni lebih lawak dari pelawak !
Pentas ini saya seorang saja yang menjadi penontonnya! Nasib baik tau..kalau tak jenuh kena komen dek anak dara saya..hehe..nanti tak dan sempat aku nak tutup telinga lagi bila yang besar dan kecik mengomen! dah agak dah.. kalau masak jangan tinggalkan dapur nanti hangus!
Kan mama dah cakap! Tak berpinar telinga?.. alih-alih aku sendiri yang kena!!..hehe
Mana dia leadership by example! Ish..ish..ish

Akibat nak menjimatkan masa di dapur saya pun memasak air gula semasa menonton rancangan tu.. Jadi dok asyik menonton..ada masa ketawa dan ada masa tidak, tak sedar air gula yang dimasak jadi gula hangit!!..
Baunya sampai ke ruangan menonton tv.. yang si anak bertanya 'mama masak apa?'
Tersentak saya lalu berlari ke dapur..dengan asap berkepul naik ke atas! Cepat-cepat tutup suis gas.
'Apa boleh buat taik kambing bulat-bulat'.. lagu hampa masa jadi budak-budak dulu'
kalau anak aku dah tentu bising mulut ni..

Senyap -senyap aku menonton balik.. sambil tu si kakak tanya 'ape Ma?'
"tak ada apa-apa" jawab saya sambil senyum sinis. Sambil tu menyambung menunggu siapa menjadi ;RajaLawak"..dan sah-sahMan menjadi Raja lawak kerana lawaknya yang bermesej dan selamba..


Dalam hati berkata.. Man dapat Rm100.000.00 dan peralatan letrik tapi saya rugi 1 kilo gula dan hilang perioknya sekali..malas kira nak merendam dan membasuh periok hangit..


Nilah rupernya kalau ada yang nak meniru resepinya!!
Esoknya PA saya tanya kenapa periok dalam tong sampah tu? 'tadi saya buang sampah tu saya nampak! sayang!!" tanyanya dalam dialek Indon Kerinci
Senyum sajalah sebab ianya lawak!!!!!!!!!!







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (0)

Semangat Hijau dah tiba..

Dah lama saya tak kesahkan kehijauan yang ada di sekeliling sejak kesuntukan masa menguruskan rumahtangga.anak2 dan hal2 persendirian. Ianya layu dan kering tanpa belaian tangan sang kekasih..Cewah..
Sekian lama pokok ini menghijau disekitar kediaman saya..Apa yang saya tau pokok ini akan beratib selalu ..kata orang..apatah lagi jika kita menjaga nya dengan baik. Lagi pun warna hijau akan mencantikan pandangan kita..dan baik untuk kesihatan mata..menurut pakar kesihatan..
Tak percaya pergilah Google!!



Pokok bonzai yang dah lama tak bertrim...

Pokok orkid di tepian pagar
Pokok paku pakis hutan, jenis liar kini jadi hiasan di tepian rumah di bandar2.
Dulu pokok ni banyak terlekat di pokok kundang di kampung saya. Saya buat tak tau jer..dan sekarang angkut bawak sangkut kat rumah..hehe..
Digelar pokok paku 'tanduk rusa' sebab bentuknya seolah semacam tanduk rusa

pabila ianya berbunga ..cantik putih..wangi lagi...ni kira spesis hutan gak!
!

Bunga ni jenis orkid juga ..batangnya melilit memanjang.dan mengeluarkan bunga dan nilah hasilnya..
Nini..teman yang setia menemani saya sepanjang sesi tersebut..
Yang ni juga jenis orkid hutan ..bunganya cantik dan wangi kata penjual orkid di Pasar tani tadi
Melihat pada bunganya memang cantik ..jadi saya ambil anaknya nak tengok hasil kerja saya nantikan....




Yang ini pokok yang bergantung di pargola ..eh nampak pula yang tergantung kecik tu..

Akhirnya tertidur Nini bersebelahan pasu bunga.. bukan apa cuaca awal pagi..panas pun belum sepenuhnya.. lagi sedap tidur.. tuan aku ni tah bila nak siapnya.. kat dapur bukan ada sapa2 yang boleh aku minta makanan..hehe..(dialog Nini kot!)



Oh!! dah lewat ni.. time memasak pulak.......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (0)

Dah tiba masanya..dia pun pergi jua,,,


'Omel' Kucing ku kaku kerana tidak bernafas lagi..

Kakak yang tidak dapat menahan kesedihan mengetahui Omelnya
pergi buat selama-lamanya
Saat menunggu untuk "disemadikan"
Diselimutkan dengan baju T adik..

Kerja menggali kubur dilakukan oleh penggali yang profesional..
he.he.. siapa lagi kalau tidak suami ku bapa kepada anak-anak ku..
Dalam gak nie..

Siap dikambuskan disebelah pokok pisang di kebun kami

Dah lama saya tak updatekan N3 ni..dek kesibukan masa yang selau mencemburui saya..
Masuk-masuk jer dah crita sedih ..
Tanggal 19 February kucing kesayangan kami sekeluarga yang diberi nama "Omel" telah pergi menemui Pencipta..tiada lagi ngiaowan dan gosokan dikaki dan panggilan ketika dia nakal..
Kesah bermula selepas subuh! Ketika membuka pintu belakang si Omel menjelma sambil berbunyi 'ouk' 3x..lain dari biasa ,yang selalu mengiow meminta sesuatu.
Dia mengeselkan kepalanya kepada saya lalu pergi ke bilik air dan saya juga mengikutnya.
Selepas meminum air omel tidak berdaya dan rebah dikaki saya.. sedeh weh!!
Saya mengangkatnya dan meletakan dibahagian dapur di rumah beralaskan sekeping kertas kotak .. tanpa di sangka Omel mengeluarkan tahi hitam yang cair.
Saya terus mengambilkan sehelai kain untuk mengalas untuk mengelakan cecair itu meleleh dibahagian lain. Ketika itu nafasnya kencang jelas kelihatan dibahagian perutnya.
Dalam hati saya.Nak mati ker Omel ini? biasanya kalau manusia biasa yang akan meninggal akan mengeluarkan tahi bewarna hitam.. tu kata yang berpengelaman mengendalikan orang meninggal dunia. Wallahuaalam.
Berbalik kepada si Omel ni.. saya mengusap perlahan-lahan dibahagian perutnya..sambil saya berkata..nak pergi2 lah Omel nanti kita jumpa kat shurga yer..saya tinggalkan sekejap untuk memanggil suami ..anak2 masih tidur lagi.
Kali ini nafas nya ketara dibahagian lehernya.. sambil kepalanya ditegak tegakan kekiri dan kekanan..bergenang air mata saya melihatnya..dalam hati berkata kalau ianya manusia pasti saya mengajarnya 'mengucap' berkali-kali. Sempat juga suaminy saya berkata "omel pergilah Omel nanti 'bapak' panggilan biasa yang digunakan kepada binatang tersebut .. cakap dengan kakak dan adik.
Disaat ini kepalanya diangkatnya sebanyak 3 kali..tapi tak terdaya dan nafasnya tercungap-cungap..dan 'tup' tidak bergerak lagi.. Kesianya dan pasrah kerna mengetahui dari Allah kita datang dan kepada Nya kita kembali.. Simboliknya kematian Omel nie..
Pengajaran kepada anak-anak saya ' Setiap yanga bernyawa pasti akan mati..
"Redha dan pasrah dengan ketentuan Ilahi walaupun ianya merupakan kesangan kita..
Allah juga sentiasa menguji keimanan dan kesabaran kita di dunia,,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (0)

Syukur dengan nikmat Allah..

Pada tarikh 11.11.2o1o rasa tak keruan saya dibuatnya. Tarikh ni saya mungkin dirasai oleh ibu-ibu yang terdahulu dari saya!
Perasaan ini juga dikongsi bersama oleh suami saya setelah sekian lama mimpikan pengalaman ini. Dua malam sebelum keputusan di umumkan saya bertanya 'kakak' panggilan kepada anak saya


l Tengoklah serios dan tension muka anak ku ni ketika tiba gilirannya menerima keputusan! The 'Moment of truth' Tak taulah masa ni cikgu kakak mengusik.dup dap dup dap..jantung kakak Ma...Ish ish awak ni Efa.. Cikgu nak cakap macam mana ye!! "Tahniah" Melompat kakak tak sedar kena meja cikgu dan bapaknya tak sempat nak snap dah menghilang kemana,jumpa kawan2.


NI masa berbaris semasa menunggu..
cerita benor nie!! hehe

"Apa rasa kakak dekat nak dapat keputusan ni"
" Ma., jangan tanya kakaklah..takut pulak" katanya merayu. kesian pulak saya mendengarnya.
Sebenarnya sayalah yang paling takut..sebab kalaulah sebaliknya merasakan dimana kekeurangan saya untuk anak ini. Tapi saya perhatikan dia telah membuat yang terbaik untuk dirinya sebelum ini. Ada masanya saya amat tegas dengan disiplin pembelajarannya berbanding dengan bapanya yang terlalu lembut bertindak terhadap anak-anaknya.
Tiba hari keputusan saya mengingatkan kakak sekali lagi.
"Kakak nak mama antar dan tunggu ke?"
"Tak payahlah ma,nanti mama antar je lepas tu baru kakak call mama bila nak balik"
"Ok"! jawab ku ringkas
"Bapak nak ke pasar dulu boleh bapak hantarkan " Ofer bapaknya sambil memakai baju bersiap untuk kepasar
Pagi tu saya memasak seperti biasa tapi dalam hati tak keruan dibuatnya.. sambil meminta diri untuk bertenang . Waktu pukul 10 pagi keputusan dikeluarkan. Sambil menonton berita bernama hati saya agak lega sikit kerana keputusan UPSR tahun 2010 meningkat. Doaku agar anakku dalam golongan ini sambil berkata dah ramai budak-budak cerdik sekarang.
Pukul 11 pagi deringan talipon berbunyi, berdebar-debar hati saya kot-kot panggilan dari kakak.
Rupanya si bapak yang memberitahu yang dia di sekolah nak tengok kakak.
Sempat menjawab, "ingatkan saya tak sabar rupanya abang juga!"

Dua puluh minit kemudian saya menerima panggilan talipun dari suami
" Teka kakak dapat berapa A?"tanyanya
" Entahlah.harap-harap yang terbaiklah" jawab saya dalam nada bercampur baur
" He,he.. 5A lah! beritaunya riang tapi kakak tak keluar lagi ni sibuk dengan kawan-kawannya.
"Alhamdulillah.! sambil saya menarik nafas lega!!
Sesuatu yang saya rasakan amat nikmat yang belum pernah dirasai sebelum ini.

Lepas sudah fasa pertama dan akan terus kefasa kedua pula yang penting saya tidak lalai sebagai seorang IBU dan sebagai hamba Nya.
Sekarang untuk menyediakan persiapan ke fasa Menengah pula...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (0)