CERITA PAK KALA BANJAR KELUAK



Al kisahnya bermula:

Pada akhir kurun ke 18 British telah masuk (ketika itu Malaya) dan membuka lombong bijeh timah di Perak. Salah seorang yang bernama Haji TAMIN (monyang suami saya) telah dibawa masuk oleh British dari BANJARMASIN (Borneo) daerah Keluak. Rata-rata yang dibawa masuk pada waktu itu adalah dari daerah Keluak, Alai dan Kandangan. Kumpulan Haji Tamin diarah meneroka tanah di daerah Kerian untuk dijadikan sawah padi. Walaupun orang putih tak makan nasi tetapi mereka telah membawa masuk kaum Cina untuk membuka lombung bijih timah dan India berkerja di ladang-ladang. Kedua-dua kaum ini makan nasi sebagai makanan ruji.
Anak haji Tamin ialah Haji Samsuri. Haji Samsuri mempunyai anak yang bernama Haji Zakaria dan dia adalah bapak mertua saya. Dia cukup sayang dengan sawah-sawah peninggalan datuknya .Cita-citanya hendak mengerjakan sawah-sawah dengan cara moden. Dia pun membeli mesin membajak (orang kampong panggil mesin tenggala) dengan pinjaman dari Bank Rakyat (dulu Bank KERJASAMA). Kerja membaja padi dan meracun ulat dibuatnya sendiri .Di sawah yang lapang angin akan bertiup tidak menentu arahnya . Semburan racun itu melayang ke udara dan masuk ke dalam matanya. Lama kelamaan matanya menjadi kabur disebabkan bahan kimia dalam racun serangga terkena selaput matanya. Walaupun matanya kabur beliau masih cekal membajak sawah dengan tenggalanya.


Satu hari orang kampung nampak dia memandu tenggalanya dari pangkal hingga ke hujung bendang dengan tidak membeluk ke kiri atau ke kanan. Orang kampung tidak tahu penglihatannya kabur lalu mereka menjerit "Oi...Pak Tenggala awat hang bajak satu hala saja". Bapak mertuaku senyum sahaja. Mulai hari itu orang kampong memanggilnya PAK TENGGALA, tetapi dalam loghat banjar yang suka memendikkan perkataan yang panjang lalu di panggilnya ' PAK KALA'. Anak-anak Pak Kala iaitu adik beradik suami saya cuba mengubati matanya dengan beberapa pembedahan tetapi tidak berjaya . Satu hari pakar mata Hospital Besar Kuala Lumpur memberitahu ada penderma mata tiba dari Sri Langka .Pak Kala terus dimasukkan ke hospital .Setelah seminggu berada di hospital dia diberitahu selaput mata yang dibawa rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Pak Kala dengan penuh kekecewaan terus balik kampong . Matanya tidak dapat dipulihkan sehingga akhir hayat. Selepas kejadian itu beliau tidak dapat membajak sawahnya seperti biasa. Dan Kini beliau telah pulang ke Rahmahtullah. Semoga Rohnya di cucuri Rahmat! Amin!

Tiada seorang pun anak Pak Kala yang mewarisi bakat dan minat dari bapanya. Maka disewanya peninggalan sawah kepada orang kampung yang berminat untuk mengerjakan sawah tersebut.

Dan kini tiada lagi nama Pak Kala pada sawah-sawah tersebut kerana telah dibahagikan kepada anak-anaknya. Ada diantaranya tanah sawah tersebut tiada lagi ber 'bin' kan Haji Zakaria kerana dijual. Mereka tidak langsung menghargai penggorban ayahnya. Ya masing-masing yang empunya harta kan?

Moral of the story .. tengoklah betapa susahnya datuk nenek dahulu untuk mendapatkan harta.
tengoklah betapa mudahnya orang sekarang menghabiskan harta.
mampukah anak-anak kita nanti mengekalkan harta peninggalan orangtuanya?
Hmmm.. tepuk dada tanya iman!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (4)

Salam Ramadhan al mubarak

Hari nie merupakan hari ke lapan umat Isalm berpuasa! Dari awal mula berpuasa memang dinantikan oleh semua umat Islam..sememang kita terasa seronok beribadat disamping berjimat cermat lebih-lebih lagi yang ingin berdiet - konon-kononnya lah!!
Yang aku tau selepas bulan puasa ramai pulak yang mengajak makan ..mana dietnya yer!!

Kami anak beranak bersahur dan berpuasa seadanya saja. Yang lebih penting melayan kerenah kakak dan adik semasa berbuka . Bukan apa aku ingin mengajar mereka merasa seronok ketika dapat berniat berbuka puasa bersama disamping mengingati mereka yang kurang bernasib baik.. Selesai berbuka aku telah membahagikan tugas untuk mengemas meja makan. Inilah masanya aku nampak mereka bekerjasama menyelesaikan tugasan yang diberi.
Ketika ini aku akan bergegas untuk menunaikan solat maghrib sebelum mereka berebut untuk masuk ke bilik air mengambik wuduk,walaupun bilik air lebih dari satu!

Sesudah solat maghrib bersedia pulak untuk ke masjid solat tarawih. Mujurlah masjid dan surau tidak jauh dari rumah kami.
'Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana bagi orang-orang yang terdahulu sebelum kamu agar kamu bertakwa" Surah Al Baqarah Ayat 183

Ramadan bulan yang mulia dari seribu bulan, malam Lailatul Qadar, Zakat fitrah, bertadarus ,bersedekah dan banyak lagi. Untuk mendapatkan lebih jelas bolehlah rujuk Al Quran dan Hadis serta alim ulamak yang bertauliah dan arif dalam bab-bab ini.
Kejarlah semasa umur masih ada!!!

Insyaalah...




.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (0)

ABOUT JOB

Ni lah satu-satu yang ada di rumah kami kurang faham dgn tuan punya job...
cuma namanya saja yang dia faham!! hehehe...

Kali ni lain sikit cerita ini.. this is not my transcript ,none other from my beloved hubby..
Just layan!!!

Kawan saya seorang pegawai penyiasat kanan . Apabila kami berjumpa selalunya dia baru
balik dari menyiasat kes.Belum duduk dia merunggut '' kes kali ini pun inside job'' (jaga bank didapati berkerjasama dengan perompak) Dalam perjumpaan itu kami selalunya makan dan minum. Sedang rancak berbual saya tertepis gelas yang berisi air dan tertumpah kepehanya .

Olih sebab kerancakkan berbual saya lupa nak memberitahunya. Apabila dia sedar dia terus bangun untuk ke tandas.Beberapa minit kemudian dia keluar dari tandas dan terus menerkam saya dan berkata '' lega not inside job''.
Kami berdua ketawa terbahak-bahak sehingga orang disekeliling termingga-mingga melihat kami.

Nie lah dia alkisah pengalaman mereka yang bekerja!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (2)

MASIH ADA LAGI TEMPAT YANG SEJUK...

Pemandangan sejuk dikelilingi kehijauan flora n fauna!!


Dah lama saya tak menyentuh en3 ni dek kesibukan masa. Tak taulah bila nak buat je ada saja panggilan untuk yang lain. cuti hujung minggu dulu kami tak tau nak kema nak pergi d KL nie..selalunya kami 4 beranak suka jalan-jalan cari makan di komplek beli belah disekitar kawasan kami. Mungkin anak-anak dah jemu kesa jadi kami buat keputusan untuk pergi mandi-mandi saja. Tak mau ke swimming pool, cos si kakak dah malu untuk memakai swimming suit!!

This macik doesnt want to waste her time enjoying in a beautiful scenery!
Makan time-- memang berselera!!
So si bapak mengambil keputusan mengajak ke Sg Tua di daerah Gombak. Malamnya i dah prepared untuk membawa nasi lemak untuk makan di sana nanti takut tiada gerai ketika lapar.
sambil tu kami juga membeli buah-buahan. Memang berbaloi kami masa kami di sini dengan persekitaran yang sejuk dek deruan air sungai yg mengalir deras. Saya merasakan semacam mandi sauna dengan pantulan air dibatu batan di sungai .

Selesai mandi manda di situ kami mengutip bata-batu kecil berbentuk bulat kerana hakisan air sebagai kenangan.. Biasalah ini kerja anak-anak ku,katanya sebagai sejarah!!
Sebenar ini hasil didikan bapanya setiap kali ketempat orang!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (0)

HOMESTAY DI BATU 6 PARIT BUNTAR

Inilah tawkey projek homestay di Parit Buntar tuh!!

pemandangan dari hadapan. Eh dah ada orang sewa ke?
Pemandangan dari belakang semi D.
Sempat penyewa ni bergaya depan rumah yg tak siap??


diawal pembinaan!


Is not that easy to have one especially to operate it alone when you are not there! terbinanya ia adalah kerna mengekalkan tanah pesaka dari bapa suamiku yg seciput (kangkang kera) pada awalnya! Agar sukar juga untuk memikirkan apa yg perlu di buat dgn tanah yg seluas itu.; suku ekar sahaje!!
Nak jadikan rezekinya ,kebetulan ada sukusakat suamiku nak menjual tanah yg behampiran, bak pucuk di cita ulam mendatang sebab menjadi cita2 suamiku untuk mengabadikan kenangan pemberian arwah bapanya. Korek punya korek wang ada dapatlah beliau membeli tanah tersebut! Tulah nak dijadikan rezki dari Allah ye..dipermudahkan pekerjaan kita! I really believe this..Jadi besarlah sikit..so terdirilah projek ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (0)

Kekadang tu macam tu lah..




This what happen when we order tru online..Baru-baru nie aku order kek sbb tak ade masa nak buat bagi pertunangan anak buah ku. Jadi cari lah homepage yg ada boleh buat kek masam manis..konon-kononya nak bagi simbolik lah sikit sebab majlis pertunangan...


Cari punya cari dapatlah stu blog nie yg buat kek ni. Nampak cantik.. jadi aku pun cal..


Dah confirm date nak ambil jadi aku pun datang untuk mengambil nya at her pickup point nya.Dah berkenalan kami berjabat tangan dengan so and so. Jadi setelah ijab kabul saya menerima dan terus berlau dan dia pun berlalu tanpa meminta melihat dulu out-putnya.


Sesampai di rumah i terus membukanya..'ALLAH'!! macam nie rupa nya!!..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (0)

05.05 in private!

HAPPY BEST DAY TO U... Huuuh!!


why 1 candle? cos i want to be younger n not to show off..make a wish.
Senyum keseronokan!
Kek chjiffon cheese wz pecan n caremel.. yummy
I wonder why this year si bongsu i ni tak nak celebrate b'day dia dengan kawan-kawan nye.
Bila ditanya mengapa.." i just dont want cos is my b'day ,my friend should spend me lah'
ada ke macam tu adik! tanya ku pula. Memang lah sebab adik tak de duit nak belanja diaorang lagi!..
Sayu hati ku!! Tak pelah adik mama dan bapak belanja adik celebrate kat rumah ok!
Ok' jawapnya ringkas.
So,nak cepat i went to Secret Recepi..senang jer sekarang
Malam tu kami celebrate bersama-sama mama,bapak,kakak and adik sahaja sebab kak Ayu dia tak ada pergi bercuti di Melaka.
ESOK ADIK NAK BELI BUKU!! AIN MAISARAH bisiknya ditelingaku.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (0)