Pemandangan sejuk dikelilingi kehijauan flora n fauna!!
Dah lama saya tak menyentuh en3 ni dek kesibukan masa. Tak taulah bila nak buat je ada saja panggilan untuk yang lain. cuti hujung minggu dulu kami tak tau nak kema nak pergi d KL nie..selalunya kami 4 beranak suka jalan-jalan cari makan di komplek beli belah disekitar kawasan kami. Mungkin anak-anak dah jemu kesa jadi kami buat keputusan untuk pergi mandi-mandi saja. Tak mau ke swimming pool, cos si kakak dah malu untuk memakai swimming suit!!
sambil tu kami juga membeli buah-buahan. Memang berbaloi kami masa kami di sini dengan persekitaran yang sejuk dek deruan air sungai yg mengalir deras. Saya merasakan semacam mandi sauna dengan pantulan air dibatu batan di sungai .
Selesai mandi manda di situ kami mengutip bata-batu kecil berbentuk bulat kerana hakisan air sebagai kenangan.. Biasalah ini kerja anak-anak ku,katanya sebagai sejarah!!
Sebenar ini hasil didikan bapanya setiap kali ketempat orang!!





0 comments:
Post a Comment