Menang Lawak

Jumaat lalu aku menonton pertandingan akhir Raja Lawak.. sebenarnya tak pernah mengikuti pun peringkat awal dan tak tau siapa pun yang akan pergi ke peringkat akhir
tapi aku seronok melihat peserta bernama Man nih.. walaupun rupanya tiada seperti aktor drama dan filem. Mana ada pelawak yang encem..nama pun pelawak..muka mesti ada aura pelawak jadi baru boleh melawak kan?


Sebenarnya bukan nak komen pasal ;e raja lawak tu.. tapi aku ni lebih lawak dari pelawak !
Pentas ini saya seorang saja yang menjadi penontonnya! Nasib baik tau..kalau tak jenuh kena komen dek anak dara saya..hehe..nanti tak dan sempat aku nak tutup telinga lagi bila yang besar dan kecik mengomen! dah agak dah.. kalau masak jangan tinggalkan dapur nanti hangus!
Kan mama dah cakap! Tak berpinar telinga?.. alih-alih aku sendiri yang kena!!..hehe
Mana dia leadership by example! Ish..ish..ish

Akibat nak menjimatkan masa di dapur saya pun memasak air gula semasa menonton rancangan tu.. Jadi dok asyik menonton..ada masa ketawa dan ada masa tidak, tak sedar air gula yang dimasak jadi gula hangit!!..
Baunya sampai ke ruangan menonton tv.. yang si anak bertanya 'mama masak apa?'
Tersentak saya lalu berlari ke dapur..dengan asap berkepul naik ke atas! Cepat-cepat tutup suis gas.
'Apa boleh buat taik kambing bulat-bulat'.. lagu hampa masa jadi budak-budak dulu'
kalau anak aku dah tentu bising mulut ni..

Senyap -senyap aku menonton balik.. sambil tu si kakak tanya 'ape Ma?'
"tak ada apa-apa" jawab saya sambil senyum sinis. Sambil tu menyambung menunggu siapa menjadi ;RajaLawak"..dan sah-sahMan menjadi Raja lawak kerana lawaknya yang bermesej dan selamba..


Dalam hati berkata.. Man dapat Rm100.000.00 dan peralatan letrik tapi saya rugi 1 kilo gula dan hilang perioknya sekali..malas kira nak merendam dan membasuh periok hangit..


Nilah rupernya kalau ada yang nak meniru resepinya!!
Esoknya PA saya tanya kenapa periok dalam tong sampah tu? 'tadi saya buang sampah tu saya nampak! sayang!!" tanyanya dalam dialek Indon Kerinci
Senyum sajalah sebab ianya lawak!!!!!!!!!!







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (0)

Semangat Hijau dah tiba..

Dah lama saya tak kesahkan kehijauan yang ada di sekeliling sejak kesuntukan masa menguruskan rumahtangga.anak2 dan hal2 persendirian. Ianya layu dan kering tanpa belaian tangan sang kekasih..Cewah..
Sekian lama pokok ini menghijau disekitar kediaman saya..Apa yang saya tau pokok ini akan beratib selalu ..kata orang..apatah lagi jika kita menjaga nya dengan baik. Lagi pun warna hijau akan mencantikan pandangan kita..dan baik untuk kesihatan mata..menurut pakar kesihatan..
Tak percaya pergilah Google!!



Pokok bonzai yang dah lama tak bertrim...

Pokok orkid di tepian pagar
Pokok paku pakis hutan, jenis liar kini jadi hiasan di tepian rumah di bandar2.
Dulu pokok ni banyak terlekat di pokok kundang di kampung saya. Saya buat tak tau jer..dan sekarang angkut bawak sangkut kat rumah..hehe..
Digelar pokok paku 'tanduk rusa' sebab bentuknya seolah semacam tanduk rusa

pabila ianya berbunga ..cantik putih..wangi lagi...ni kira spesis hutan gak!
!

Bunga ni jenis orkid juga ..batangnya melilit memanjang.dan mengeluarkan bunga dan nilah hasilnya..
Nini..teman yang setia menemani saya sepanjang sesi tersebut..
Yang ni juga jenis orkid hutan ..bunganya cantik dan wangi kata penjual orkid di Pasar tani tadi
Melihat pada bunganya memang cantik ..jadi saya ambil anaknya nak tengok hasil kerja saya nantikan....




Yang ini pokok yang bergantung di pargola ..eh nampak pula yang tergantung kecik tu..

Akhirnya tertidur Nini bersebelahan pasu bunga.. bukan apa cuaca awal pagi..panas pun belum sepenuhnya.. lagi sedap tidur.. tuan aku ni tah bila nak siapnya.. kat dapur bukan ada sapa2 yang boleh aku minta makanan..hehe..(dialog Nini kot!)



Oh!! dah lewat ni.. time memasak pulak.......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (0)

Dah tiba masanya..dia pun pergi jua,,,


'Omel' Kucing ku kaku kerana tidak bernafas lagi..

Kakak yang tidak dapat menahan kesedihan mengetahui Omelnya
pergi buat selama-lamanya
Saat menunggu untuk "disemadikan"
Diselimutkan dengan baju T adik..

Kerja menggali kubur dilakukan oleh penggali yang profesional..
he.he.. siapa lagi kalau tidak suami ku bapa kepada anak-anak ku..
Dalam gak nie..

Siap dikambuskan disebelah pokok pisang di kebun kami

Dah lama saya tak updatekan N3 ni..dek kesibukan masa yang selau mencemburui saya..
Masuk-masuk jer dah crita sedih ..
Tanggal 19 February kucing kesayangan kami sekeluarga yang diberi nama "Omel" telah pergi menemui Pencipta..tiada lagi ngiaowan dan gosokan dikaki dan panggilan ketika dia nakal..
Kesah bermula selepas subuh! Ketika membuka pintu belakang si Omel menjelma sambil berbunyi 'ouk' 3x..lain dari biasa ,yang selalu mengiow meminta sesuatu.
Dia mengeselkan kepalanya kepada saya lalu pergi ke bilik air dan saya juga mengikutnya.
Selepas meminum air omel tidak berdaya dan rebah dikaki saya.. sedeh weh!!
Saya mengangkatnya dan meletakan dibahagian dapur di rumah beralaskan sekeping kertas kotak .. tanpa di sangka Omel mengeluarkan tahi hitam yang cair.
Saya terus mengambilkan sehelai kain untuk mengalas untuk mengelakan cecair itu meleleh dibahagian lain. Ketika itu nafasnya kencang jelas kelihatan dibahagian perutnya.
Dalam hati saya.Nak mati ker Omel ini? biasanya kalau manusia biasa yang akan meninggal akan mengeluarkan tahi bewarna hitam.. tu kata yang berpengelaman mengendalikan orang meninggal dunia. Wallahuaalam.
Berbalik kepada si Omel ni.. saya mengusap perlahan-lahan dibahagian perutnya..sambil saya berkata..nak pergi2 lah Omel nanti kita jumpa kat shurga yer..saya tinggalkan sekejap untuk memanggil suami ..anak2 masih tidur lagi.
Kali ini nafas nya ketara dibahagian lehernya.. sambil kepalanya ditegak tegakan kekiri dan kekanan..bergenang air mata saya melihatnya..dalam hati berkata kalau ianya manusia pasti saya mengajarnya 'mengucap' berkali-kali. Sempat juga suaminy saya berkata "omel pergilah Omel nanti 'bapak' panggilan biasa yang digunakan kepada binatang tersebut .. cakap dengan kakak dan adik.
Disaat ini kepalanya diangkatnya sebanyak 3 kali..tapi tak terdaya dan nafasnya tercungap-cungap..dan 'tup' tidak bergerak lagi.. Kesianya dan pasrah kerna mengetahui dari Allah kita datang dan kepada Nya kita kembali.. Simboliknya kematian Omel nie..
Pengajaran kepada anak-anak saya ' Setiap yanga bernyawa pasti akan mati..
"Redha dan pasrah dengan ketentuan Ilahi walaupun ianya merupakan kesangan kita..
Allah juga sentiasa menguji keimanan dan kesabaran kita di dunia,,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (0)

Syukur dengan nikmat Allah..

Pada tarikh 11.11.2o1o rasa tak keruan saya dibuatnya. Tarikh ni saya mungkin dirasai oleh ibu-ibu yang terdahulu dari saya!
Perasaan ini juga dikongsi bersama oleh suami saya setelah sekian lama mimpikan pengalaman ini. Dua malam sebelum keputusan di umumkan saya bertanya 'kakak' panggilan kepada anak saya


l Tengoklah serios dan tension muka anak ku ni ketika tiba gilirannya menerima keputusan! The 'Moment of truth' Tak taulah masa ni cikgu kakak mengusik.dup dap dup dap..jantung kakak Ma...Ish ish awak ni Efa.. Cikgu nak cakap macam mana ye!! "Tahniah" Melompat kakak tak sedar kena meja cikgu dan bapaknya tak sempat nak snap dah menghilang kemana,jumpa kawan2.


NI masa berbaris semasa menunggu..
cerita benor nie!! hehe

"Apa rasa kakak dekat nak dapat keputusan ni"
" Ma., jangan tanya kakaklah..takut pulak" katanya merayu. kesian pulak saya mendengarnya.
Sebenarnya sayalah yang paling takut..sebab kalaulah sebaliknya merasakan dimana kekeurangan saya untuk anak ini. Tapi saya perhatikan dia telah membuat yang terbaik untuk dirinya sebelum ini. Ada masanya saya amat tegas dengan disiplin pembelajarannya berbanding dengan bapanya yang terlalu lembut bertindak terhadap anak-anaknya.
Tiba hari keputusan saya mengingatkan kakak sekali lagi.
"Kakak nak mama antar dan tunggu ke?"
"Tak payahlah ma,nanti mama antar je lepas tu baru kakak call mama bila nak balik"
"Ok"! jawab ku ringkas
"Bapak nak ke pasar dulu boleh bapak hantarkan " Ofer bapaknya sambil memakai baju bersiap untuk kepasar
Pagi tu saya memasak seperti biasa tapi dalam hati tak keruan dibuatnya.. sambil meminta diri untuk bertenang . Waktu pukul 10 pagi keputusan dikeluarkan. Sambil menonton berita bernama hati saya agak lega sikit kerana keputusan UPSR tahun 2010 meningkat. Doaku agar anakku dalam golongan ini sambil berkata dah ramai budak-budak cerdik sekarang.
Pukul 11 pagi deringan talipon berbunyi, berdebar-debar hati saya kot-kot panggilan dari kakak.
Rupanya si bapak yang memberitahu yang dia di sekolah nak tengok kakak.
Sempat menjawab, "ingatkan saya tak sabar rupanya abang juga!"

Dua puluh minit kemudian saya menerima panggilan talipun dari suami
" Teka kakak dapat berapa A?"tanyanya
" Entahlah.harap-harap yang terbaiklah" jawab saya dalam nada bercampur baur
" He,he.. 5A lah! beritaunya riang tapi kakak tak keluar lagi ni sibuk dengan kawan-kawannya.
"Alhamdulillah.! sambil saya menarik nafas lega!!
Sesuatu yang saya rasakan amat nikmat yang belum pernah dirasai sebelum ini.

Lepas sudah fasa pertama dan akan terus kefasa kedua pula yang penting saya tidak lalai sebagai seorang IBU dan sebagai hamba Nya.
Sekarang untuk menyediakan persiapan ke fasa Menengah pula...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (0)

Senang dan mudah dari 'Pisang"


Bermula kejadian kuih pisang yang seksi ni adalah dari pokok pisang ku yang tidak pernah berbuah dua kali!! Dan inilah hasilnya.. cantik,gebu, besar dan sedap!! Sebenarnya aku tak pernah membajainya selain dari mengemburkan tanah di pangkal batang pisang tersebut. Baka pisang ini dibawa dari kampung.
Apahal ada peribahasa 'jangan pisang berbuah dua kali ye? tak tau ape sebenarnya yang tepat maksud yg tersirat..

Orang cakap masa kecik-kecik jangan lawan mak ayah nanti anak-anak kita pun lawan kita..
Orang cakap jangan mengata belakang bila orang buat salah nanti lama-lama kita pun buat perkara yang sama…

Sebab tu lah kalau boleh tak nak lah pisang berbuah dua kali..betul ke?

Sebenarnya saya pun tak tau apa maksud peribahasa tu…apa-apa pun cuba kita ingat balik pernah tak sebelum ni kita buat orang sakit hati,kita buat orang tu menangis,kita buat orang tu susah.. Saya pun bertanya anak sulong kot2 dia dah belajar peribahasa nie;;
Nak tau apa dia jawab "mana ada kan selalu nya pisang tu mama tebang dulu ambik buah dia mana nak berbuah la sekali lagi'? betul juga..
Bila tanya adik pulak ..." ada ker ma?"dia tanya kita balik!
Saya pun tanya suami , 'kenapa pisang tak boleh berbuah dua kali bang?'
Jawab suamiku.."tak cantikk" jawapan orang yg ada kebun pisang haha..
Benarlah kata orang jangan 'pisang berbuah dua kali..membawa maksud tersendiri.
Kenapakah peribahasa “ pisang berbuah dua kali” itu membawa konotasi negatif sedangkan jika benarlah pisang boleh berbuah dua kali, bukankah itu suatu yang positif dan menguntungkan?

Cuba bayangkan, jika seorang petani yang menanam pisang, tiba-tiba mendapati pisang yang ditanamnya telah berbuah dua kali, adakah beliau akan berasa gembira atau sedih? tentu seronokan?

Adakah kita akan berkata dengan nada hiba dan sayu “tak sangka pisang yang aku tanam telah berbuah dua kali”*sambil kesat air mata dan lap hingus "soott soott" atau akan melonjak gembira sambil menjerit “Yeayyy!! Pisang yang aku tanam berbuah dua kali!!!” Selalu, ungkapan ‘pisang berbuah dua kali’ ini dilafazkan oleh orang yang sudah ditipu dua kali.

Contoh:

“Mah(bukan nama sebenar)percayakan abang. Abang janji tak akan buat lagi. Tapi, tak sangka pisang berbuah dua kali…”

Renungkan lah jika ada masa mengapa masyarakat kita menggunakan 'pisang untuk diterjemahkan pada permasalahan!

Apa -apa pun cubalah resepi kuih pisang ku ini ye.. senang aja dan mudah!!

Mula-mula anda perlu ada pisang ,tak kiralah pisang apa tapi yang sedap ialah pisang nangka,atau pisang emas.tapi saya guna pisang nangka sebab pisang ni ada masam manis. Jadi bila dibalut tepung tu dia memang sedap!!
No.2 ..anda perlu ada 2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 cawan santan
1 sudu teh garam
gula sedikit sbb manis pisang udah ada...
Daun pisang yg telah di layurkan utk membungkus
( teknik melayur digunakan agar daun pisang supaya tidak mudah pecah semasa proses membungkus)
kalau malas tak layur pun tak apa..yg pasti setelah masak kuih pisang tu lebih seksi dari kuih aku buat.. cubalah! kihkih..
Dah ada semua, kita mulakan dgn mencampur tepung gandum dan tepung beras tu..
pas tu bubuh garam n gula serta santan.. kemudian campurkan air sedikit demi sedikit..
Kacau tepung dgn campuran air dan santan hingga sebati dan tiada berbintil-bintil..
Nah sekarang masukan kedalam periok dan kacau di atas dapur dgn api yang perlahan ..
Untuk mengacau nie sila gunakan senduk kayu agar senang mengacaunya. Kacaulah hingga pekat dan berkilat.
Ini Pa saya bukan saya yer!!
Biarlah dia sejuk sekejap sebelum di bungkus..tapi kalau tahan panas apalah salahnya nak membungkus!! hehe.. bukan apa takut tak tahan panas apabila memegang daun pisang dan pisang tu semasa meletakan adunan tepung yg panas tu semasa membungkus..
Letakan pisang di atas daun dan kemudian letakan adunan tepung kacau tu dan bungkus satu persatu. Besar pisang tu terpulanglah pada kesukaan masing-masing yer! Nak banyak rasa pisang bubuh lah besar.. kelakar bunyinya!! nie biasa dengar sbb mak saya suka cakap mcm ni bila saya stuck dgn resepi dia..
Dah habis kukuslah dengan periok pengukus..Lupa pula nak upload gambar pada mereka yang tak pernah melihat periok kukus!! hehe
Kukuslah hingga masak yer.. Macam nii lah rupernya setelah masak.. Nah tengok tak seksi pun!!!

Quote of de day " Hablum minaallah,Hablum minan Nas..
Perhubungan baik dengan Allah dan perhubungan sesama manusia..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (0)

ADA HIKMAHNYA!!!

Puasa sudah masuk hari yang ke 13,bermakna 2 minggu lagi kita akan berraya.. Semalam aku sekerluarga pergi membeli baju Raya untuk kakak dan adik. Ini adalah atas desakan si kakak yang mengetahui mamanya semacam lupa saja. Memang betul tahun aku semacam tak nak bersiap awal
berbanding dengan tahun-tahun lepas.
Tempatnya taklah jauh sangat cuma di Jaya Jusco Alpha Angel saja dari rumah kami. senang one-stop centre . Masuk saja aku membawa anak-anak ku kebahagian wanita untuk mencari barangan si kakak ,walaupun umur baru nak mencapai 12 tahun tapi dek kerana saiz badannanya seperti orang dewasa!.Nasib baik dapat kerana biasanya she is very fussy when choosing her staff.

Selesai satu dan kini giliran adik pula ke tingkat atas (Children Department) Adik tak banyak kerenah semasa membeli pakainya especially bila ada si kakak sebagai perunding imejnya.
Ketika bergegas untuk membayar aku pun menyelup shopping beg untuk mendapatkan dompet duit. ' Aik! mana perginya?' kata ku pada adik dengan hairan. Si adik dengan cemasnya menarik shopping beg untuk pengesahan,diseluk setiap bahgian poket pada beg tersebut.
'Tak adalah Ma' dengan nada kesal lalu meletakan balik pakaian yang dipilih.
'Kakak ada RM50 saja Ma " dengan niat untuk membantu. "tak cukup kak baju adik tu lebih..nanti kita jumpa bapak mintak sikit lagi" kataku sambil menarik tangan si adik untuk berjumpa dengan bapaknya di ruang legar bersebelahan.
Aku terpinga-pinga mengikut rentak anak tanpa merasa marah dan kesal kerana kecuaian ku! Dalam hati cuma berkata 'kalau ada rezeki aku akan dapat kembali apa yg hilang tu.. pastinya wang tunai RM4oo yang tinggal tu bye bye.. sebab itu bukan lagi rejeki ku.. Hanya harapanku segala kad-kad bank yang ada tu masih utuh bersama My kad kepunyaan ku! Esok aku akan buat repot di balai polis...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (0)

CERITA PAK KALA BANJAR KELUAK



Al kisahnya bermula:

Pada akhir kurun ke 18 British telah masuk (ketika itu Malaya) dan membuka lombong bijeh timah di Perak. Salah seorang yang bernama Haji TAMIN (monyang suami saya) telah dibawa masuk oleh British dari BANJARMASIN (Borneo) daerah Keluak. Rata-rata yang dibawa masuk pada waktu itu adalah dari daerah Keluak, Alai dan Kandangan. Kumpulan Haji Tamin diarah meneroka tanah di daerah Kerian untuk dijadikan sawah padi. Walaupun orang putih tak makan nasi tetapi mereka telah membawa masuk kaum Cina untuk membuka lombung bijih timah dan India berkerja di ladang-ladang. Kedua-dua kaum ini makan nasi sebagai makanan ruji.
Anak haji Tamin ialah Haji Samsuri. Haji Samsuri mempunyai anak yang bernama Haji Zakaria dan dia adalah bapak mertua saya. Dia cukup sayang dengan sawah-sawah peninggalan datuknya .Cita-citanya hendak mengerjakan sawah-sawah dengan cara moden. Dia pun membeli mesin membajak (orang kampong panggil mesin tenggala) dengan pinjaman dari Bank Rakyat (dulu Bank KERJASAMA). Kerja membaja padi dan meracun ulat dibuatnya sendiri .Di sawah yang lapang angin akan bertiup tidak menentu arahnya . Semburan racun itu melayang ke udara dan masuk ke dalam matanya. Lama kelamaan matanya menjadi kabur disebabkan bahan kimia dalam racun serangga terkena selaput matanya. Walaupun matanya kabur beliau masih cekal membajak sawah dengan tenggalanya.


Satu hari orang kampung nampak dia memandu tenggalanya dari pangkal hingga ke hujung bendang dengan tidak membeluk ke kiri atau ke kanan. Orang kampung tidak tahu penglihatannya kabur lalu mereka menjerit "Oi...Pak Tenggala awat hang bajak satu hala saja". Bapak mertuaku senyum sahaja. Mulai hari itu orang kampong memanggilnya PAK TENGGALA, tetapi dalam loghat banjar yang suka memendikkan perkataan yang panjang lalu di panggilnya ' PAK KALA'. Anak-anak Pak Kala iaitu adik beradik suami saya cuba mengubati matanya dengan beberapa pembedahan tetapi tidak berjaya . Satu hari pakar mata Hospital Besar Kuala Lumpur memberitahu ada penderma mata tiba dari Sri Langka .Pak Kala terus dimasukkan ke hospital .Setelah seminggu berada di hospital dia diberitahu selaput mata yang dibawa rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Pak Kala dengan penuh kekecewaan terus balik kampong . Matanya tidak dapat dipulihkan sehingga akhir hayat. Selepas kejadian itu beliau tidak dapat membajak sawahnya seperti biasa. Dan Kini beliau telah pulang ke Rahmahtullah. Semoga Rohnya di cucuri Rahmat! Amin!

Tiada seorang pun anak Pak Kala yang mewarisi bakat dan minat dari bapanya. Maka disewanya peninggalan sawah kepada orang kampung yang berminat untuk mengerjakan sawah tersebut.

Dan kini tiada lagi nama Pak Kala pada sawah-sawah tersebut kerana telah dibahagikan kepada anak-anaknya. Ada diantaranya tanah sawah tersebut tiada lagi ber 'bin' kan Haji Zakaria kerana dijual. Mereka tidak langsung menghargai penggorban ayahnya. Ya masing-masing yang empunya harta kan?

Moral of the story .. tengoklah betapa susahnya datuk nenek dahulu untuk mendapatkan harta.
tengoklah betapa mudahnya orang sekarang menghabiskan harta.
mampukah anak-anak kita nanti mengekalkan harta peninggalan orangtuanya?
Hmmm.. tepuk dada tanya iman!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (4)